Anak Palestin Ini Hanya Mampu Ketawa Bila Dengar Bunyi Bom Untuk Hilangkan Rasa Takut
Ada yang kata dia sudah meninggal dunia. Wallahualam.
Berita kematian rakyat Palestin semakin hari semakin bertambah dan membuatkan kita sebagai saudara Islam turut berduka
Tiada apa yang kita boleh bantu selain menitipkan doa dan sumbangan kepada penduduk di bumi Gaza. Sesungguhnya, ramai mendoakan agar serangan daripada zionis Israel ini segera berakhir.
Baru-baru ini, tular rakaman memaparkan seorang budak perempuan bersama ayahnya ketawa setiap kali mendengar bunyi letupan bom di kawasan rumah mereka telah mendapat perhatian ramai.
Ayah ajar supaya ketawa bila dengar bunyi bom sebab tak nak anak trauma
Menerusi video yang dikongsi oleh @emy230785, kelihatan budak perempuan itu duduk di samping ayahnya ketika kawasan perumahan mereka dibom oleh tentera Israel.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila si ayah mengajar anaknya untuk sentiasa tertawa setiap kali mendengar bunyi letupan bom. Tindakan budak perempuan itu yang ketawa terbahak-bahak sejurus mendengar bunyi bom membuatkan para warganet hiba.
Terbaru, ada sumber di ruangan komen memberitahu bahawa kanak-kanak itu sudah meninggal dunia akibat serangan zionis. Perkara tersebut lebih memilukan orang ramai.
"Hati bagai dihiris-hiris. Ketawamu untuk menyembunyikan ketakutan adalah kesedihan hati kami. Kamu kuat sayang. Maafkan kami anak kecil kerana tidak membantumu" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.9M tontonan, 3.2K komen dan 9.1K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut berduka selepas mendapat tahu kanak-kanak itu sudah tiada.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!