seismik

Wanita Ini Selamba Pakai Kurti Naik Zipline Di Pakistan, Harganya Pula Cuma RM8 Je!

Tak sejuk ke Bella?

Cover image via @bellapark1310 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Republik Islam Pakistan atau lebih dikenali sebagai Pakistan adalah sebuah negara yang terletak Asia Selatan

Image via Jomventures

Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Kini, Pakistan merupakan salah sebuah negara yang menjadi tarikan para pelancong kerana pemandangannya yang sangat cantik.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video yang dimuat naik oleh makeup artist (MUA) Bella Park yang sedang bercuti di Pakistan telah mencuri perhatian ramai.

Selamba naik zipline pakai kurti, padahal cuaca sejuk gila

Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan Bella Park berada di kawasan pergunungan Balbusar, Pakistan.

Apa yang menarik perhatian adalah, dia dilihat sempat merasai pengalaman menaiki zipline dengan harga RM8 saja! Siapa je yang tak nak cuba kan? View di sana pula memang sangat cantik.

Image via @bellapark1310

Namun, lebih mencuri tumpuan adalah apabila Bella hanya memakai kurti tanpa mengenakan sebarang pakaian sejuk lain. Difahamkan, suhu ketika itu mencecah 8 darjah celcius.

Malah, Bella juga fasih berbahasa Pakistan apabila berborak dengan penduduk tempatan di sana.

Lihat video penuh di bawah:

@bellapark1310

naik Zipline di Pakistan. Buat gila dengan sejuk 8c pakai kurti ja orang pon hairan tengok tak sejuk ka dia ni. #pakistan #pakistantrip

Comical, fun, cute, video background music(1124511) - Lill Lilly

Ish, macam best pula tengok dia bercuti dekat Pakistan. Kejap, admin nak beli tiket flight :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: