Zhiddin Aziz Tegur Trend 'Nirmala', Ramai Buat Muka Tak Senonoh & Anggap Hina Isteri Nabi
Tak semua trend kita perlu ikut.
TikTok kini menjadi platform kegemaran ramai terutama buat generasi muda untuk memuat naik konten
Melalui data kajian yang dibuat oleh Statista, setakat penghujung Januari 2023, Malaysia adalah antara negara dengan angka pengguna TikTok tertinggi di dunia.
Saban hari kita melihat pelbagai trend dibuat di platform ini yang menarik lebih ramai pengguna untuk turut melakukannya
Bagaimanapun, kita sebagai pengguna perlu menjadi bijak dan tidak seharusnya mengikuti semua trend yang sedang tular demi menarik perhatian.
Ekoran itu, baru-baru ini, anak kepada pengacara televisyen dan wartawan, Allahyarham Aziz Desa iaitu Zhiddin Aziz telah menegur satu trend yang dikatakan tidak menghormati kisah Nabi SAW dengan menggunakan lagu Nirmala nyanyian Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai tarian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menari lagu Nirmala sambil buat muka gersang, ramai tak tahu maksud sebenar dan kisah di sebaliknya
Menerusi video tersebut Zhiddin dilihat bengang kerana lagu Nirmala yang mempunyai maksud baik dan mengisahkan tentang Saidatina Aisyah telah dicemar dengan trend merepek di TikTok itu.
"Nirmala, maksudnya tidak ternoda, suci. Tapi apa yang kelihatan kepinding keparat, trend ni orang buat muka gersang minta maki. Lagu ni berkenaan Saidatina Aisyah difitnah berdua-duaan dengan Safwan sahabat Rasulullah.
"Aisyah menangis kerana difitnah, menyembunyikan tangisan kelihatan seperti air tasik yang tenang. Dan dek kerana peristiwa ini, Rasulullah buntu. Panggil Usamah, panggil Ali tapi masih belum jumpa penyelesaian, dan akhirnya turun wahyu dari Tuhan.
"Bila tengok trend orang buat muka gersang, atas kisah isteri Rasulullah, saya rasa sedih sangat," luahnya.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah 3.1M views, 335.5K likes dan 18.9K shares di TikTok
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas mengetahui maksud di sebalik lagu Nirmala.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Ingat guys, sebelum nak ikut mana-mana trend tu pastikan kita tak menyentuh sensitiviti agama atau kaum ya! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!