seismik

Orang Asli Ini Sanggup Tunggang Motor 100KM Semata-Mata Untuk Beli Beras Lebih Murah

Sampai macam tu sekali, kesiannya.

Cover image via BH Online & Kosmo!

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kos hidup dan harga barangan harian kini semakin mahal dan memberi kesan kepada ramai orang terutamanya golongan yang tidak berkemampuan

Jadi, tidak hairanlah jika ada yang sanggup mencari makanan ruji jauh-jauh demi mendapatkan harga yang lebih murah.

Seperti seorang lelaki Orang Asli dari Pos Blau ini yang sanggup menempuh perjalanan hampir 100 kilometer (km) menggunakan motosikal untuk membeli beras putih tempatan kerana mendakwa harga makanan ruji itu yang dijual di kampungnya mahal.

Image via BH Online

Harga beras di kampung lebih RM50 bagi 10 kilogram (kg), manakala paket 5kg dijual pada harga RM20

Menurut Anglah Angah, dengan pendapatannya yang hanya menjual hasil hutan seperti buluh, kenaikan harga barangan sangat dirasakan. Dia juga mendakwa, barang keperluan asas lain seperti gula dan minyak masak turut mahal.

"Selain itu, harga 1kg gula pula RM5. Ahli keluarga saya lapan orang, jadi 10kg beras hanya boleh tahan seminggu. Saya faham harga lebih mahal kerana peruncit juga membeli dengan harga tinggi di bandar dan sudah pastilah mereka pun nak untung," katanya.

Image via Kosmo!

Dulu boleh bergantung makan ubi kayu, kini kawasan kebun dah jadi ladang durian Musang King

"Kami masyarakat Orang Asli semakin terhimpit dan tertekan dengan kenaikan harga barang. Jika dulu kami boleh bergantung kepada ubi kayu, kini kawasan kebun kami sudah menjadi ladang durian Musang King," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Daerah Gua Musang, Zamzani Harun, mengakui menerima rungutan daripada masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman dan sudah mengajukan aduan mereka kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan susulan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: