seismik

Doktor Ini Dedah Kenapa Anak Umur Setahun Susah Nak Makan & Apa Ibu Bapa Perlu Buat

Ini adalah masalah yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Cover image via @drharith888 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai para ibu bapa mula runsing apabila anak yang sudah memasuki umur satu tahun mempunyai masalah sukar untuk makan

Iyalah, siapa saja yang tidak risau jika anak hanya mahu bermain tetapi bila disuruh makan mereka asyik mengelak kan?

Apa sebenarnya punca mereka susah untuk makan? Baru-baru ini, seorang doktor di TikTok berkongsi apa sebab anak susah makan dan bagaimana cara untuk mengatasinya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@drharith888

Replying to @mastura960 anak tak mahu makan dan minum susu hanya mesti ada punca. Kena cari punca dan selesaikan serta cuba elakkan #susu #anaksusu #susuanak #susuformula

original sound - DRH paediatrician - DRH paediatrician

Selalu bagi susu dulu sebelum makanan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @drharith888, kelihatan doktor itu menjawab pertanyaan daripada seorang individu yang berkongsi anaknya yang tidak mahu makan dan hanya nak minum susu saja.

Menurut Dr Harith, anak yang baru berumur setahun tiga bulan masih boleh diubah jika mereka sukar untuk makan. Namun, ibu bapalah yang harus mengubah pola pemakanan mereka.

Apabila ibu bapa memberikan mereka minum susu dahulu sebelum makan terutamanya apabila mereka bangun dari tidur dan menangis, ia membuatkan anak sudah terbiasa dan tidak merasakan makan itu penting.

"Nombor dua adalah kemungkinan besar ramai buat benda yang sama iaitu bagi makan dengan gajet. Ketiga adalah ramai ibu bapa tidak makan sama-sama dengan anak," katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 76.1K tontonan, 1.3K tanda suka serta 637 perkongsian di TikTok

Rata-rata netizen turut berkongsi pelbagai pengalaman tentang anak masing-masing yang ada masalah sama iaitu susah untuk makan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesimpulannya, ibu bapa kena kurangkan beri anak susu supaya mereka tahu makan lebih penting.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: