seismik

Boleh Keracunan Makanan Kalau Biar Lama Di Singki, Doktor Kongsi Cara Untuk 'Defrost' Ayam

Okay, baru tahu.

Cover image via @drmalarss (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kita pasti akan mengeluarkan lauk yang masih keras dari peti ais dan biarkan dalam singki sebelum memasaknya betul tak?

Tujuan kebanyakan orang membuat sebegitu adalah untuk melembutkan ayam, daging atau ikan terlebih dahulu supaya mudah bila nak masak nanti.

Namun, sebenarnya cara itu salah dan ia boleh menyebabkan keracunan makanan jika perut kita tidak tahan.

Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi tentang bagaimana lauk di dalam singki itu boleh mengundang keracunan makanan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@drmalarss Kepada #teamMakMak di luar sana, please defrost ayam cara betul. Dah banyak sangat kes keracunan makanan lately ni #celotehdrmalar #fyp #fyp #defrost #defrosttiktok original sound - Celoteh Dr Malar

Ayam yang dah lembut jadi 'pesta' untuk bakteria membiak

Menerusi perkongsian daripada @drmalarss, kelihatan dia memberitahu bahawa cara yang selama ini digunakan untuk melembutkan lauk dari peti ais sebenarnya bahaya untuk kesihatan kita.

"Daging atau ayam yang lembut dan banyak air masuk, bila dia berada di luar dalam suhu bilik terutamanya lebih dari empat jam boleh menyebabkan keracunan makanan"

"Ayam yang lembut tu menjadi rumah atau pun pesta untuk kuman bakteria membiak dan beranak-pinak dekat situ," katanya.

Antara kuman yang biasa melekat pada lauk itu adalah salmonella, E. coli dan banyak lagi. Sebab itu kadangkala anak kecil senang terkena cirit-birit walaupun tidak makan di kedai luar.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Makan Lena

"Isteri saya biasa keluarkan ayam dari peti ais sebelum tidur. Pagi esoknya terus sarapan kat kedai, balik rumah simpan balik ayam tu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.2M tontonan, 86.3K tanda suka serta 1.6K komen di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut berterima kasih di atas perkongsian Dr Malar yang sangat berguna dan selama ini ramai tidak tahu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terima kasih Dr Malar atas ilmu baharu yang dikongsi. Ingat guys, lepas ni jangan biar ayam atau daging lama-lama dalam singki ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: