seismik

Leka Main Telefon, Ibu Cuak Si Anak Masukkan Adiknya Dalam Mesin Basuh Di Kedai Dobi

Nasib baik tak jadi apa-apa.

Cover image via @azurasapari618 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, anak-anak masih kecil sememangnya suka mencuba untuk lakukan perkara yang bukan-bukan jika tidak dipantau oleh ibu bapa

Tambahan pula kalau berjalan ke pusat beli-belah atau tempat awam. Jika terlepas pandang walau sesaat sekali pun, macam-macam benda boleh jadi pada anak kita.

Seperti sebuah video ini yang mendapat perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi situasi cemas di kedai dobi.

Lihat video penuh itu di bawah:

@azurasapari618 KORANG YG MENDOBI BWK ANK2 TU JAGA LAH ANAK ELOK2.. AKU MMG CUAK GILERRR..AKU PIKIR ANAK DIA KURANG OKSIGEN KE APA.. YG AKU GERAM MAK DIA LANGSUNG XDE TERIMA KASIH WEHHH... #fyp original sound - Azura Sapari

Anak lari-lari tolak bakul keliling dobi, tapi mak biar je

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azurasapari618, kelihatan wanita itu berada di sebuah kedai dobi yang kebetulan ada seorang ibu bersama empat orang anaknya pada masa sama.

Sementara menunggu kain siap dibasuh, wanita tersebut menunggu di dalam keretanya saja. Namun, dia melihat empat kanak-kanak itu sangat aktif bermain dan menolak bakul tanpa dipedulikan ibu mereka.

Apa yang membuatkan dia cemas adalah apabila salah seorang budak itu bertindak memasukkan adiknya ke dalam salah satu mesin basuh di situ.

Mujur wanita itu sempat keluar dari kereta dan bergegas ke dalam kedai untuk memberitahu ibu mereka yang dikatakan leka bermain telefon tanpa memantau aktiviti anak-anaknya.

Lihat video sambungan di bawah:

@azurasapari618 Replying to @zarinahdollah8 Sa Isip Ko - Juris

"Hish, mesin dobi tu memang terus lock once dah tutup ke? Bahayanya lah. Tolonglah alert anak-anak dekat mana pun" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 311.8K tontonan, 8.5K tanda suka serta 112 perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing mengenai situasi cemas itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Sepatutnya ibu mereka kena lebih pantau bila anak ramai ni, macam-macam boleh jadi. Nasib baiklah tak jadi apa-apa :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: