seismik

"Kenapa Aku Tengok Sampai Habis?" - Pertandingan Lato-Lato Di Kota Tinggi Ini Curi Tumpuan

Tak lenguh ke tangan tu dik?

Cover image via @zekrryy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lato-lato merupakan permainan yang paling digemari oleh kanak-kanak zaman sekarang

Walaupun ada sesetengah individu tidak suka akan permainan ini kerana menganggap bunyinya yang menyakitkan hati, tetapi masih ramai sebenarnya yang suka bermain lato-lato.

Baru-baru ini, sebuah pertandingan lato-lato diadakan di sebuah pusat beli-belah di Kota Tinggi telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zekrryy

Sekitar Pertandingan Lato-Lato Kipmall Kota Tinggi.. kuning champion #fyp #latolato

original sound - zekry - Lord Lato Malaysia

Main lato-lato sambil tukar posisi untuk cari seorang pemenang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zekrryy, kelihatan beberapa orang budak sedang berlawan main lato-lato di Kipmall Kota Tinggi, Johor.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila rupa-rupanya mereka sedang bertanding untuk mencari siapa yang boleh bermain lato-lato dalam tempoh masa paling lama.

Lebih menarik perhatian, pemenang pertanding tersebut adalah seorang budak perempuan berbaju kuning. Dia dilihat begitu santai bermain lato-lato sambil mencangkung, bersila, duduk di kerusi dan berdiri.

"Aku tengok sampai habis gara-gara nak tahu siapa pemenang. Tahniah dik!" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah sehingga 6.8M views, 323.8K likes dan 23.2K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai pertandingan tersebut.

Malah, ramai yang tidak menyangka ada yang sampai buat pertandingan lato-lato dan siap membuat live untuk mengajar bagaimana untuk bermainnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Dahsyat la dik! Nampak macam senang tapi susah sebenarnya nak main lato-lato ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: