seismik

Gara-Gara Kurang Dapat Order, Gelagat Rider Grab Buat 'Job' Mesin Rumput Ini Curi Tumpuan

Bosan sangat tu bang.

Cover image via @renggo69_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja sebagai penghantar makanan adalah satu perkara yang tidak mudah

Selain daripada terpaksa menghadapi cuaca yang tidak menentu, punca rezeki penghantar makanan juga bergantung kepada pesanan yang dibuat oleh pelanggan.

Kalau kurang order, kuranglah duit yang diperolehi. Sebab itulah zaman sekarang ramai yang membuat dua atau tiga kerja sambilan kerana untuk menampung kos perbelanjaan bulanan.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang rider Grabfood berhenti di tepi jalan untuk mesin rumput telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja join mesin rumput tepi jalanan sebab tak ada kerja, sempat pula buat lawak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @renggo69_, kelihatan rider Grabfood itu memberhentikan motosikalnya di tepi jalan.

Ketika itu, kelihatan dua orang pemesin rumput sedang melakukan kerja mereka dengan fokus. Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila rider Grabfood itu tiba-tiba turut serta mesin rumput bersama mereka.

Lebih melucukan, dia hanya berlakon seperti sedang memakai peralatan mesin rumput padahal dibadannya tidak ada apa-apa.

"Nasib dia tak mesin kau bang. Hanya insan istimewa sahaja yang boleh nampak mesin rumput tu haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 881.3K views, 124.3K likes dan 1.3K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat rider Grabfood itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: