seismik

"Semua Kau Nak Andwae" - Main Hentam Cakap Korea, Gelagat Pemuda Ini Buat Warganet Ketawa

Ikut kau lah bang.

Cover image via @kerintingasli (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda merupakan peminat drama-drama Korea, pasti anda tertarik untuk mempelajari bahasanya juga kan?

Kadangkala, dari drama pun kita boleh belajar untuk bertutur bahasa mereka. Seronok sebenarnya kalau kita pandai cakap Korea, tambahan lagi bila dapat melancong ke negara tersebut. Bolehlah borak dengan orang dekat sana.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang pemuda 'acah-acah' tahu cakap bahasa Korea telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Main game translate bahasa Melayu ke Korea, tapi jawapan pula bikin dekah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kerintingasli, kelihatan pemuda itu sedang berjalan menuju ke sebuah tempat sambil bermain permainan di TikTok.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia meneka beberapa perkataan bahasa Melayu yang perlu diterjemah ke bahasa Korea dengan sangat yakin. Namun, semua jawapannya salah dan lucu.

Setiap perkataan yang dia cuba teka mesti diselitkan ayat 'andwae' yang bermaksud 'tidak' dalam bahasa Korea. Bukan itu saja lenggok suaranya yang cuba meniru 'oppa-oppa' Korea bercakap juga berjaya mencuit hati ramai.

"Ni India ke Korea bang? Hahahaha penatlah perut aku harini" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 538.4K views, 50.4K likes dan 1.4K shares di laman TikTok.

Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pemuda itu yang selamba hentam cakap Korea.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak apalah bang, janji awak happy. Bolehlah tu, sekali dengar memang ingat orang Korea cakap :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: