"Siap Fikir" - Tanya Soalan Merepek Dekat Budak Lelaki, Tapi Jawapannya Buat Ramai Dekah
Pandai budak tu jaga hati.
Laman TikTok merupakan platform bagi penggunanya untuk membuat pelbagai jenis konten yang menarik
Ada yang menari, berlakon, menyanyi, lip sync dan sebagainya. Kalau konten kita menarik, ramailah orang akan follow nanti.
Namun, berbeza pula dengan video tular ini apabila seorang lelaki bertanya beberapa soalan merepek kepada seorang budak telah membuatkan ramai dekah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba tanya soalan merepek dekat budak lelaki, tak sangka pula dia melayan
Menerusi video yang dikongsi oleh @akmalkowtt, kelihatan pemuda berbaju pink itu sedang berada di sebuah taman permainan dan mencari seseorang untuk menjawab soalannya.
Apa yang mencuri perhatian adalah dia tiba-tiba menahan seorang budak lelaki yang sedang berbasikal di situ dan menyuruhnya menjawab beberapa soalan.
Soalan-soalan yang diajukan sememangnya merepek dan tidak ada maksud kerana pemuda itu sengaja mahu melihat bagaimana reaksi budak lelaki tersebut.
Apa yang lebih menghiburkan, budak lelaki itu buat-buat faham dan sempat memikirkan jawapan logik supaya perbualan mereka tidak nampak tergantung.
"Another level betul budak tu boleh jawab haha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 1.4M tontonan, 122.6K tanda suka serta 5.1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara budak lelaki itu menjawab soalan merepek.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!