seismik

Termuntah Dalam Surau, Tindakan Budak Tulis Surat Minta Maaf Ini Raih Pujian Warganet

Dia siap bagi duit, bagusnya!

Cover image via Jafri Abu Bakar Mahmoodi (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, mendidik anak supaya menjadi insan berakhlak mulia bukanlah satu proses yang mudah

Ibu bapa perlu bersabar dalam membesarkan anak-anak yang banyak kerenah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Baru-baru ini, tular sebuah insiden di laman Facebook mengenai seorang budak termuntah di dalam surau dan menulis surat permohonan maaf kepada ahli jawatan kuasa telah mendapat perhatian ramai.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Tulis surat permohonan maaf kepada AJK surau dan sempat memberikan duit untuk pembersihan

Menerusi posting yang dikongsi oleh Encik Jafri Abu Bakar Mahmoodi, kelihatan budak itu menulis surat sebagai tanda permohonan maaf kepada AJK surau berkenaan kerana tidak sengaja termuntah.

Apa yang membuatkan ramai memuji tindakan budak itu adalah apabila dia bukan saja meminta maaf, tetapi sempat menyelitkan sekeping duit RM100 kepada pihak surau untuk membersihkan muntahnya.

Menurut adik itu, dia tidak sempat mencuci muntahnya kerana perlu ke sekolah dan kereta ayahnya menghalang kenderaan lain.

"Alhamdulillah, akhlak terpuji anak ini. Moga terus membesar sebagai anak yang beradab, soleh, berilmu & cemerlang dunia akhirat. Aamin" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, posting itu telah mendapat 6.2K tanda suka, 363 perkongsian dan 188 komen di laman Facebook.

Rata-rata warganet turut memuji tindakan adik itu yang bertanggungjawab dan mulia mengaku salahnya. Malah, ibu bapanya juga menerima pujian ramai kerana telah berjaya mendidik anak dengan sangat baik.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Facebook:

Bagusnya adik ni, kecil-kecil dah ada rasa bertanggungjawab. Syabas buat kedua ibu bapa :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: