Gara-Gara Terjebak Dengan Review TikTok, Gadis Kesal Harga Kangkung Sepinggan Cecah RM22
Gila lah, macam tu je RM22?
Zaman sekarang, orang kita pantang tengok kalau ada restoran viral je mesti semua nak serbu sebab nak join the hype. Betul tak?
Tambahan pula jika ramai influencer dan TikToker yang buat review di restoran tersebut. Memang ramai yang akan terpengaruh dan terliur melihat cara mereka makan sambil memberi ulasan.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular ini apabila dua orang gadis naik angin kerana sayur kangkung yang dipesan berharga RM22 sepinggan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pergi restoran viral, sekali hidangan yang dipesan indah khabar dari rupa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @wiwinbollmixdance, kelihatan dua orang gadis itu sedang menjamu selera di sebuah restoran viral yang dikatakan sedap oleh ramai TikToker.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka terkejut melihat harga sayur kangkung tumis yang dipesan berharga RM22 sepinggan.
“Guys, ini ke tempat makan viral yang korang dok puji-puji sedap tu? Ini worth ke dengan kangkung RM22? I'm speechless. Kalau harga RM7 aku boleh terima, RM7 pun aku dah berat, ni RM22. Mana TikToker yang review tu? Harga dia agak-agaklah weh," katanya.
"Mungkin kangkung tu dia pergi petik kat atas gunung kot. Sebulan baru dapat balik rumah, sebab tu mahal" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2M views, 134.8K likes dan 3K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terkejut dengan harga kangkung yang sangat mahal dan tidak berbaloi dengan hidangan yang dimasak seperti itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!