"Buasir Is Real Guys" - Terpaksa Pakai Tuala Wanita, Ramai Boleh Relate Dengan Lelaki Ini
Kalau itu je solution nya, kami faham bang.
Masalah buasir bukanlah satu sakit yang tidak perlu dipandang remeh
Ini kerana ia melibatkan saluran darah bengkak yang berkembang di dalam rektum iaitu tempat kita mengeluarkan sisa najis.
Menurut sumber, tiga daripada empat orang dewasa mendapat buasir sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Lain pula dengan situasi dalam sebuah video viral ini yang memaparkan seorang lelaki membeli tuala wanita telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpaksa beli pad sebab kawasan operation masih berdarah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @emirtaufiqq, kelihatan lelaki itu sedang mencari tuala wanita di sebuah kedai.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia terpaksa membeli tuala wanita bersaiz besar kerana mahu menutup bahagian pembedahannya akibat buasir yang teruk.
"Buasir is real guys haha. Lepas operation pun bunga masih mekar," katanya.
"Jangan tidur buas sangat bang, nanti bocor pulak" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 1.6M views, 147.7K likes dan 2.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar suara lelaki itu yang pasrah dan ada juga yang boleh relate dengan situasinya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!