seismik

"Nak Mancing Punya Pasal" - Gelagat Suami Isteri Redah Jambatan Tenggelam Ini Bikin Dekah

Lawaklah isteri dia, tak tenang cik abang tu haha.

Cover image via @netnetty_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, para lelaki yang gemar memancing suka membuat aktiviti itu bersama kawan-kawan

Setiap minggu, ada saja port memancing yang dicadangkan dalam group WhatsApp kawan-kawan betul tak?

Namun, berbeza dengan situasi yang dihadapi oleh lelaki ini apabila dia membawa isterinya bersama untuk memancing tetapi lain pula yang jadi telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nak memancing punya pasal, suami sanggup nak seberang jambatan yang hampir tenggelam dalam tasik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @netnetty_, kelihatan suami isteri itu sedang menaiki motosikal dan berada di sebuah tasik.

Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila si suami nekad untuk menyeberangi tasik itu yang hanya dihubungkan dengan sebuah jambatan rosak.

Difahamkan, lelaki itu ingin pergi memancing. Lebih melucukan lagi, isterinya di belakang sempat rakam kejadian itu sambil berzikir berulang kali kerana takut mereka berdua akan tenggelam.

Akhirnya, mereka terpaksa patah balik kerana risau kejadian tak diingini berlaku. Kalau tengok keadaan jambatan tu pun, memang susah nak selamat sampai ke seberang sana.

"Yang akak pun turunlah dulu, kalau aku dah tak ada nyawa kat situ" - Warganet

Ikutan tularnya video itu yang kini telah mendapat 382.5K views, 33.7K likes dan 557 shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur mendengar suara isterinya yang kalut di belakang.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasib baik abang buat keputusan yang bijak, kalau jalan juga dua-dua dah ke dalam tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: