Geng Gadis Main Kahwin-Kahwin, Tapi Suara Member Buat Bunyi Kompang Pula Bikin Dekah Ramai
Stress sangat ke tu kak?
Bagi pelajar universiti, menghabiskan setiap semester dengan assignment yang banyak bukanlah mudah
Ada masanya mereka juga ingin menghilangkan stres dengan membuat pelbagai aktiviti bersama kawan-kawan.
Kebiasaannya, ramai yang menyewa kereta dan keluar berjalan untuk food hunting, karaoke dan sebagainya.
Namun, lain pula dengan sebuah video ini apabila geng gadis main kahwin-kahwin telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bosan sangat sampai main kahwin-kahwin dalam rumah, yang tukang kompang pula buat hal
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikkpeahhh, kelihatan tiga orang gadis itu main kahwin-kahwin di rumah sewa mereka.
Oleh kerana tidak lama lagi mereka akan masuk ke minggu 14 dalam semester, masing-masing sudah mula stres dan membuat aktiviti itu untuk melupakan tentang assignment buat seketika.
Apa yang menghiburkan adalah apabila salah seorang daripada mereka iaitu yang sedang mengipas pengantin dilihat membuat bunyi kompang dengan begitu bersemangat. Gelagatnya membuatkan kawan-kawan yang lain tergelak kerana suaranya kedengaran lucu.
"Bunyi kompang dia lagi pekat daripada bunyi kompang betul" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 399.2K views, 41K likes dan 1K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!