seismik

[VIDEO] Jari Main Peranan, Gelagat Comel Si Kecil Membebel Dekat Ayah Ini Buat Ramai Geram

Eee comelnya! Mulut tu kemain lagi.

Cover image via @nurulnajwasalahud (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam fasa membesar, kanak-kanak akan mula bercakap dan sudah tahu meniru gaya orang-orang di sekelilingnya

Sebagai contoh, kalau mereka nampak si ibu marah sambil cekak pinggang, nanti lama-lama mesti mereka akan cuba membuat perkara yang sama.

Seperti sebuah video yang tular ini apabila telatah seorang budak perempuan membebel dekat ayahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap tuding jari, ayah tadah telinga kena bebel dengan anak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurulnajwasalahud, kelihatan budak perempuan itu mendapati ayahnya sedang baring di ruang tamu.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia mula membebel kepada ayahnya seolah-olah menyuruh si ayah bangun dan buat kerja.

Lebih melucukan, dia siap menuding jari seperti mengarahkan si ayah mendengar bebelannya. Gelagatnya itu membuatkan si ibu tergelak.

"Kemain mulut tu, berbelit-belit lidah kau dik. Basuh lagi cukup-cukup dik haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.4M tontonan, 144.5K tanda suka serta 5.2K komen di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat keletah budak perempuan itu membebel dekat ayahnya. Malah, ada yang kata dia mengikut perangai ibunya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Agak-agaknya apalah yang dia bebel tu ya? Macam dah lama pendam tu dik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: