"Nak Sangat" - Ingat Aiskrim, Reaksi Tiga Beradik Bila Ibu Suap Asam Jawa Ini Undang Tawa
Lepas ni mesti diaorang tak sentuh dah bekas tu. Haha.
Gelagat anak-anak sememangnya dapat menghiburkan hari-hari kita
Ada saja perkara yang mereka buat dan ingin explore semasa umur sedang meningkat. Kalau yang ada ramai adik-beradik, lagilah huru-hara rumah.
Namun, lain pula yang berlaku dalam video ini apabila gelagat tiga beradik berebut nak makan asam jawa telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berebut bekas ingatkan dalam ada aiskrim, rupa-rupanya asam jawa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @julianorazreen, kelihatan tiga beradik itu sedang berebut sebekas asam jawa yang disangka aiskrim.
Mereka memberikan bekas itu kepada si ibu untuk menyuap seorang demi seorang. Apa yang menghiburkan adalah apabila ibu mereka menyuap asam jawa ke dalam mulut, si kakak dan abang terus berlari ke dapur kerana tak tahan rasa masam.
Lebih melucukan, si adik bongsu pula hanya makan sedikit dari sudu yang disuap ke mulutnya dan berkata rasa asam jawa itu sedap. Tetapi apabila ibunya bertanya sama ada dia nak lagi atau tak, dia pantas menggeleng.
"Aku ingat aiskrim ke apa, rupanya asam jawa. Yang adik paling jujur haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 455.8K tontonan, 30.7K tanda suka serta 800 komen di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat adik-beradik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!