seismik

Pakai Jersey Ada Nama Di Belakang, Sekali Gadis Terkejut Kena 'Jerit' Dekat Traffic Light

Tak pasal-pasal ramai kenal Mira. Haha.

Cover image via @ceo_murtabak_hamid1971 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila memakai jersey yang terdapat nama kita di belakang badan, sudah tentu ramai yang akan memandang betul tak?

Iyalah, ada kemungkinan nama kita diseru oleh siapa-siapa saja yang sengaja ingin menyakat di tempat awam. Tak pasal-pasal kena tebal muka menahan malu.

Seperti sebuah video yang tular ini, seorang gadis diusik oleh kereta di belakangnya semasa di traffic light telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ceo_murtabak_hamid1971

siapa kenal dia tag dia... nk bagi murtabak percuma... hahahaha saja menyakat dia hahaha #murtabakhamid #murtabaklagend #makansedapjohor #johorfoodie

suara asli - CeceMaharani - Bocilcill

Nama kena jerit masa tengah berhenti dekat traffic light, jenuh pusing belakang cari siapa punya suara

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ceo_murtabak_hamid1971, kelihatan gadis itu sedang membonceng motor kawannya dan berhenti di sebuah lampu isyarat.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia memakai jersi yang tertulis nama di belakang badannya iaitu 'Miraa'.

Lebih menghiburkan, namanya tiba-tiba dijerit oleh si perakam yang kebetulan berada di belakang motor mereka. Dia dilihat begitu cuak memandang ke belakang sambil mencari siapa yang menjerit namanya di traffic light itu. 

Perkara itu membuatkan si perakam tergelak dalam kereta dengan isteri dan anak-anaknya. Gadis itu pun tergelak sekali apabila dia tidak jumpa pemilik suara yang menjerit namanya itu. 

"Hahaha kau ni bang, tak senang duduk member" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.6M views, 162.1K likes dan 1.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Habislah ramai kenal awak Mira, tapi tak apa boleh claim murtabak free :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: