Terjumpa Kedai Jual Perfume Copy Ori, Dua Gadis Gelak Sakan Ini Buat Ramai Terhibur
Tolong bagitahu kedai ni dekat mana, haha.
Bagi penggemar minyak wangi, mereka pasti tahu beza antara perfume original dan tiruan betul tak?
Sekali bau saja kita boleh tahu yang mana satu asli dan tiruan. Tetapi, itu terpulang kepada setiap individu untuk memakai yang mana sebab bukan semua orang mampu beli minyak wangi mahal.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila gelagat dua orang gadis masuk ke dalam sebuah kedai perfume telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Packaging lebih kurang perfume ori, tapi namanya pula tak boleh ’brain’
Menerusi video yang dimuat naik oleh @masihbukanbella, kelihatan mereka berdua sedang berada di dalam sebuah kedai minyak wangi di pusat beli-belah yang tidak diketahui lokasinya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila kebanyakan minyak wangi yang dijual di kedai itu menggunakan nama lebih kurang dengan perfume branded yang asli.
Antaranya Chanel jadi Chenale, Victoria Secret jadi Victoria World, Versace jadi Vercace dan banyak lagi. Perkara tersebut membuatkan kedua-dua mereka ketawa sebab terhibur melihat setiap nama perfume di situ.
"Nasib baik dia letak Victoria World, kalau dia letak Victoria No Secret? Haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 425.5K tontonan, 41.9K tanda suka serta 1.1K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat nama-nama perfume copy ori itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!