Bila Anak Terlalu Friendly, Gelagat Budak Panggil Abang Jual Pelam Colek Ini Cuit Hati
Happynya dia dapat tolong abang tu.
Apabila berhenti di traffic light, pasti kita akan nampak ramai penjual buah di tepi jalan bukan?
Kebiasaannya, mereka menjual jeruk mangga tidak kira cuaca panas atau hujan. Demi mencari rezeki, mereka sanggup berdiri berjam-jam di tepi jalan.
Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman seorang budak perempuan menjerit memanggil abang jual pelam colek telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kesian tak ada orang nak beli, selamba jerit panggil abang pelam colek
Menerusi perkongsian video daripada @mstakmhmzh, kelihatan budak perempuan itu sedang berhenti di lampu isyarat bersama ayahnya.
Apa yang mencuit hati adalah apabila dia melihat seorang penjual pelam colek di tepi jalan sedang menunggu orang memanggil untuk membeli daripadanya.
Disebabkan kesiankan penjual tersebut, dia spontan memanggil "abanggg, sini jap!" dan membeli sebekas pelam colek. Gelagat spontannya yang teruja itu membuatkan si ayah tergelak.
"Adik kecik pelapis akan tolong orang susah suatu hari kelak" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.7M tontonan, 343.8K tanda suka serta 5.6K komen di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memuji kecerdikan dan sikap baik hati budak perempuan itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!