seismik

"Ajak Bergurau" - Wanita Tengah Rakam Anak Main Di Bakul Kain, Tiba-Tiba Ada Benda Kacau

Seramnya!

Cover image via @nadyra.balqis (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika sebut tentang makhluk halus, biasanya kanak-kanak yang masih kecil sering menjadi mangsa gangguan kerana mereka mudah nampak

Sudah banyak video yang kita lihat di media sosial menunjukkan situasi kanak-kanak berbual dengan entiti, bergurau, bermain dan sebagainya. Memang seram!

Baru-baru ini, tular pula sebuah video seorang budak lelaki diganggu semasa sedang bermain di bakul kain ibunya telah membuatkan ramai naik bulu roma.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nadyra.balqis

Real depan mata , ishh ajak bergurau plak #fyp #fyp #masukberanda #fypdongggggggg

original sound - heyy

Tengah main dekat bakul kain ibu, tiba-tiba ada baju ditarik dari dalam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadyra.balqis, kelihatan budak lelaki itu sedang bermain di bakul tempat ibunya menyimpan kain yang sudah dilipat.

Namun, situasi bertukar seram apabila sehelai baju di dalam bakul itu tiba-tiba ditarik oleh sesuatu dari dalam.

Apabila video itu di zoom, memang ia nampak seperti ada benda yang menarik baju tersebut dari tangan anaknya.

"Okaylah tu dia tolong kemas" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 83.4K likes dan 631 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai situasi seram itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nampak real betul baju tu kena tarik, hmm sumpah seram! :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: