"Wow, Betul-Betul Wedding Of The Year!" - Dekorasi Majlis Kahwin Ini Buat Netizen Terpegun
Wow, betul ke kos dia berjuta?
Setiap orang inginkan majlis perkahwinan yang meriah dan cantik betul tak?
Iyalah, kahwin kan sekali seumur hidup. Siapa je yang tidak mahukan majlis persandingannya disambut dengan diraikan oleh orang ramai.
Dari segi kos pula, bukan semua orang mampu mengeluarkan duit yang banyak. Seperti baru-baru ini, sebuah video majlis persandingan mendapat perhatian ramai gara-gara dekorasinya yang mencecah jutaan ringgit.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dekorasi dewan dan pelamin mewah macam tema Avatar, rupa-rupanya pengantin usahawan berjaya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sabah_info, kelihatan rakaman tersebut menunjukkan dewan yang dihiasi dengan tema warna ungu berkonsepkan fantasi.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila kos dekorasi tersebut dikatakan mencecah sehingga lima juta ringgit.
Kalau dilihat, majlis kahwin itu memang sangat cantik dan menjadi idaman para wanita. Difahamkan, pengantin tersebut adalah usahawan dari Sabah dan dia berusaha keras selama lapan tahun untuk merealisasikan wedding dreamnya.
"Ni kalau pergi ambil air, nak patah balik dah tak tahu mana tempat duduk" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, 2.1M tontonan, 226.7K tanda suka serta 6.6K perkongsian di laman TikTok. Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terpegun melihat kecantikan dewan tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!