seismik

Balas Tweet Rakyat, Respon DSAI Untuk Permintaan Kurangkan Harga Ayam Gunting Curi Tumpuan

Tak pasal-pasal kena cut kolestrol. Haha.

Cover image via Astro Awani & Pembekal Ayam Gunting Klang dan Shah Alam (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, sudah sebelas hari Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Ke-10

Sejurus selepas pelantikannya, beliau dilihat aktif ke sana dan ke mari untuk berkongsi perkembangan negara yang terkini dengan rakyat Malaysia.

DSAI juga aktif di media sosialnya terutama di Twitter dan Instagram. Terbaru, beliau sempat meluangkan masa di laman Twitter untuk berinteraksi dengan rakyat.

Namun, sebuah ciapan yang meminta agar beliau menurunkan harga ayam gunting telah mendapat perhatian ramai.

Lihat ciapan penuh itu di bawah:

Berbalas tweet dengan warganet di Twitterjaya, tapi respon suruh kurangkan harga ayam gunting pula dapat perhatian

Menerusi ciapan yang dimuat naik di akaun rasmi Twitternya, kelihatan DSAI memberitahu beliau sudah jarang meluangkan masa untuk menjawab tweet daripada teman-temannya kerana tanggungjawab yang semakin bertambah.

Oleh itu, beliau cuba mencari ruang untuk membalas tweet dan berinteraksi dengan rakyat. Namun, dalam banyak-banyak responnya, sebuah ciapan berjaya mencuit hati ramai apabila ada individu yang meminta agar DSAI menurunkan harga ayam gunting.

Beliau dengan selamba membalas "kurangkan kolestrol".

Ketika artikel ini ditulis, tweet berkenaan telah meraih 3.1K retweets, 19.3K likes dan 453 quote tweets di Twitter

Rata-rata warganet turut terhibur dan memberikan reaksi masing-masing mengenainya. Malah, ada juga yang bertanya sama ada DSAI tengok bola atau tidak.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Sempoilah PM kita ni, terhibur baca respon! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: