"Dah Lama Nak Ada Adik" - Reaksi Budak Lelaki Bila Tahu Ibu Pregnant Ini Bikin Sebak
Mesti nanti dia jaga betul adik dia.
Kebiasaannya, isteri akan membuat kejutan kehamilan kepada suami betul tak?
Reaksi para suami apabila mendapat tahu isteri mereka hamil sudah tentu akan berasa sebak kerana akan menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga.
Namun, lain pula dengan seorang wanita ini yang membuat kejutan kehamilan kepada anak lelakinya telah membuatkan ramai sebak.
Lihat video penuh itu di bawah:
Niat nak buat anak happy, tak sangka pula jadi sedih
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mirayusri1, kelihatan wanita itu sedang melawat anaknya yang menuntut di sebuah sekolah tahfiz.
Apa yang mencuri perhatian adalah sebaik saja anaknya itu masuk ke dalam kereta, si ibu terus memberikan alat ujian kehamilan yang bertanda dua garis kepada anaknya itu.
Pada mulanya, budak lelaki tersebut dilihat begitu teruja dan gembira sejurus mendapat tahu ibunya mengandung. Namun, tiba-tiba situasi bertukar sebak apabila dia tidak dapat menahan air matanya.
Menurut wanita itu, anaknya sudah lama menjadi anak tunggal dan menginginkan seorang adik. Dia juga sering berdoa supaya satu hari nanti ibunya akan mengandung lagi. Akhirnya, dia tak sangka doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.
"Alhamduilillah, keluar air mata saya tengok reaksi dia. Anak dan abang yang baik ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 509K views, 36.9K likes dan 2.1K comments di laman TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi budak lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!