seismik

"Another Level" - Wanita Kongsi Rutin Kemas Rumah Bila Suami T20 Balik Ini Jadi Perhatian

Out of the box betul pemikiran sis ni.

Cover image via @biomedico_my (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang suri rumah, pastinya sesekali akan timbul rasa bosan kerana hari-hari melakukan kerja yang sama bukan?

Orang lain mungkin menganggap suri rumah ini tidak stres kerana hanya duduk melepak saja. Tetapi, sebenarnya duduk di rumah lagi penat berbanding bekerja di luar. Tambahan pula kalau ada anak kecil, ia memang tak mudah.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular ini apabila seorang wanita melakonkan situasi bagaimana dia mengemas rumah apabila berkahwin dengan 'suami T20' telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kreatif jadikan semua peralatan macam canggih, kononnya boleh mudahkan kerja

Menerusi video yang dimuat naik oleh @biomedico_my, kelihatan wanita itu pada mulanya sedang baring di sofa sambil menonton televisyen dan makan jajan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia melakonkan situasi apabila suaminya dari golongan T20 sedang dalam perjalanan balik ke rumah.

Dia menyiapkan segala tugasan rumah dalam masa beberapa saat saja dengan menggunakan cara kreatif yang kononnya semua alat canggih mampu memudahkan kerjanya.

Sebagai contoh, letak beberapa butir benih dalam periuk dan terus menjadi tembikai yang siap dipotong, keringkan pinggan mangkuk dengan hair dryer, buka almari menggunakan kalkulator yang dijadikan remote dan macam-macam lagi.

"Mana beg kuning? Nak beli mesin basuh siap lipat baju tu. Remote tu smart haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.6M views, 120.5K likes dan 1.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara wanita itu membuat kerja rumah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain macam ya dia punya canggih, memang kreatif lah sis ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: