seismik

Lelaki Ini Jual Insurans Sambil Menari, Netizen Pula Risau Tengok Gelagat Hypernya

Sabar bang, benda boleh bincang.

Cover image via @aminuddinbaharuddin (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengambilan insurans sepanjang hayat adalah penting pada masa kini

Ia bertujuan untuk membantu kita jika ditimpa kesusahan atau kemalangan yang tidak dijangka. Ramai yang masih belum aware tentang kepentingan insurans peribadi ini sebenarnya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video seorang penjual insurans menari untuk mempromosikan pakejnya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aminuddinbaharuddin

Kalau yang belum ada kemampuan kita faham. Ini saya cerita yang mampu, tapi takde kesedaran. Takaful serendah RM30 sebulan. Bulan ni daftar free. Link di bio. #aiapublictakaful #hibahtakaful #medicalcardmurah

suara asli - cndykiaaa_ - kiaaa.

Promote insurans sambil menari lagu di TikTok, tapi ramai pula risau tengok aktif sangat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aminuddinbaharuddin, kelihatan lelaki itu sedang menari sambil memberikan kesedaran buat individu yang masih belum mempunyai insurans peribadi di luar sana.

Tetapi, apa yang mencuit hati adalah apabila tarian lelaki tersebut dilihat begitu aktif dan merapu membuatkan ramai berseloroh mencadangkan dia pun kena ambil insurans untuk dirinya.

Malah, ramai yang tidak boleh fokus dengan ayat-ayat di dalam videonya kerana tertumpu dengan gelagat lucunya itu.

"Bawa bertenang bang, nak baca tapi tak boleh nak focus hahaha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 256.4K views, 19.1K likes dan 1.6K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat tarian lucu lelaki itu. Ada juga yang berterima kasih kerana dia telah menceriakan hari mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin dia stress sangat tu sebab orang tak faham pasal insurans. Itu yang sampai kena menari :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: