seismik

"Siap Buka Pintu" - Gelagat Pelajar Kena Bebel Masa Memandu Kereta Ini Undang Tawa Netizen

Sabar cikgu, sabar!

Cover image via @appypyna (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, setiap orang akan rasa nervous semasa pertama kali mengambil ujian memandu

Tambahan pula jika mendapat cikgu memandu yang garang, memang menggelabah jadinya. Tetapi, cikgu juga perlu bersikap tegas supaya anak murid tidak mengambil remeh semasa sesi pembelajaran.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang cikgu memandu membebel kepada muridnya semasa membuat latihan memandu telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@appypyna

bila tak pernah bawak apa2 kenderaan termasuk kete kontrol, dan kete teng.. stiring betul2 out... #appypyna #gemokkchannel #fypforyoupage #fyp

original sound - appypyna - appypyna

Banyak kali langgar divider, cuak sampai nak buka pintu keluar dari kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @appypyna, kelihatan cikgu itu sedang merakam anak muridnya yang membuat latihan memandu di roundabout.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila muridnya banyak kali terlanggar divider kerana tidak tahu mengawal stereng kereta.

Lebih menghiburkan, cikgu tersebut tidak berhenti membebel sambil memberikan arahan kepada murid berkenaan supaya mengikut laluan yang betul.

"Tak pernah tak kelakar video abang ni. Lama-lama kena darah tinggi abang ni mengajar" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1.6M tontonan, 84.3K tanda suka serta 8.5K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur mendengar bebelan cikgu itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Adoi, pecah perut dengar cikgu dia membebel. Macam nak marah pun ada, mana tak kecut perut budak tu :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: