Teman Pergi Fashion Show Tapi Isteri Tak Bagi Tengok Model, Reaksi Suami Pula Mencuit Hati
Bagus bang, dengar arahan. Nanti tak timbul isu lain.
Menghadiri pertunjukan fesyen sememangnya menyeronokkan kerana dapat melihat model memperagakan pelbagai design koleksi baju baru
Selalunya, kita akan pergi ke pertunjukan fesyen bersama kawan sepejabat atas urusan kerja. Tetapi, ada juga yang membawa pasangan masing-masing sebagai peneman.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang lelaki diberi amaran oleh isterinya semasa menghadiri ke sebuah fashion show telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri remind jangan tengok model perempuan, tak sangka suami dengar kata
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hariskacho, kelihatan lelaki itu sedang berada di sebuah pertunjukan fesyen bersama isterinya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia mendapat reminder daripada si isteri supaya jangan tengok model perempuan yang memperagakan pakaian di pentas runway.
Lebih menghiburkan lagi, lelaki itu mendengar kata isterinya dan mengalihkan pandangan setiap kali model perempuan lalu di depannya. Malah, dia siap memandang ke arah hiasan bunga di atasnya agar tidak tertoleh ke arah model.
"Tak pasal-pasal tahu jumlah bunga dekat atas" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 229.2K views, 13.2K likes dan 280 shares di laman TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan lelaki itu yang menurut kata isterinya. Malah, ada juga yang berseloroh dengannya dan bertanya berapa jumlah bunga yang ada di atasnya itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!