seismik

Suami Tiba-Tiba Lari Masa Kerja, Rupa-Rupanya Elak Bertentang Mata Dengan Customer Wanita

Baguslah suami dia.

Cover image via @kiedacrepe (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam rumah tangga, setiap suami isteri haruslah sama-sama menjaga batas pergaulan meskipun pasangan kita tidak kisah sangat tentangnya

Istilah 'cuci mata' selalu terjadi dalam kalangan para suami. Contohnya, ada yang pergi melepak dengan kawan-kawan di kedai mamak dan memerhati wanita lalu-lalang di depan mata.

Namun, bukan semua lelaki macam itu. Masih ramai yang menjaga batas dan pandangan mereka apabila melihat wanita lain di depan mata kerana ingin menjaga hati sang isteri.

Seperti apa yang berlaku dalam sebuah video ini apabila seorang lelaki sanggup meninggalkan tempat kerjanya kerana tidak ingin melihat pelanggan wanita telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kiedacrepe Untuk kakak2 cantik ni terima kasih sudi beratur and support #hqkiedacrepe_penang minta maaf atas kekurangan yaa . see you again . @kiedaamy Si Gendut - Agus Gobang

Pelik suami tiba-tiba lari dari meja cashier, bagi alasan nak pergi tandas

Menerusi video yang dikongsi oleh @kiedacrepe, kelihatan suami wanita itu sedang bekerja sebagai cashier di kedai mereka berdua yang menjual pelbagai jenis crepe.

Apa yang membuatkan wanita itu pelik adalah apabila suaminya cabut lari ke belakang kedai dan tinggalkan meja cashier tersebut kononnya ingin pergi ke tandas.

Selepas dipanggil semula ke kaunter bayaran, rupa-rupanya suaminya bertindak sedemikian kerana gelabah didatangi beberapa pelanggan wanita serentak.

Walaupun dia disuruh supaya melayan tetamu baik-baik, dia tetap menundukkan pandangannya semasa mengira harga makanan di depannya.

"Bagus pandai jaga hati isteri, 2 dalam sejuta weh. Sorang laki kak, sorang lagi harap bakal laki saya la" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih sehingga 4.3M views, 347.8K likes dan 3.2K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut memuji sikap suami wanita itu yang pandai menjaga hatinya. Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Jarang jumpa lelaki macam ni zaman sekarang. Limited edition betul, untung sis ni! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: