seismik

Kongsi Cara Handle Triplets Tengah Malam, Pasangan Suami Isteri Ini Raih Pujian Warganet

Parents yang hebat!

Cover image via @akmasyafira (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak merupakan rezeki yang tidak ternilai buat ibu bapa, lebih-lebih lagi jika sudah berbelas tahun menunggu kehadiran mereka dalam rahim si ibu

Mereka juga merupakan amanah daripada Allah SWT buat setiap pasangan suami isteri. Kita perlulah menatang anak bagai minyak yang penuh dan tidak membahagikan kasih sayang antara mereka.

Begitulah yang dilakukan oleh sepasang suami isteri ini apabila mereka berkongsi cara mereka menjaga anak-anak mereka pada waktu malam telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@akmasyafira

cara kami handle triplet waktu malam

Do'aku - Haddad Alwi

Kongsi cara jaga kembar tiga yang meragam pada waktu malam

Menerusi perkongsian video daripada @akmasyafira, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang tenteramkan anak mereka yang menangis serentak.

Kedua-dua mereka dilihat mengambil dua orang anak yang tengah menangis, manakala lagi seorang masih berada di dalam babycot sambil diberi puting sementara menunggu giliran untuk menyusu.

Apa yang membuatkan ramai kagum adalah kesabaran suami isteri itu cekap menguruskan anak-anak kerana ia bukanlah satu perkara yang mudah. Malah, si suami juga dipuji ramai kerana memainkan peranan untuk membantu si isteri.

"Hebatnya. Kita yang handle sorang pun kadang nak nangis sekali dengan anak. Salute!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 96.2K likes serta 3.4K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut kagum dengan kecekapan pasangan itu menjaga anak-anak walaupun baru saja menerima title ibu dan bapa.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Allah SWT berikan mereka kembar tiga sebab tahu mereka boleh menjaga anak-anak dengan baik. Semoga urusan suami isteri ini sentiasa dipermudah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: