seismik

Mak Pening Anak Main Tepung Penuh Satu Rumah, Netizen Terhibur & Syak Pengaruh Ryan Bakery

Muka tak bersalah ya dik. Sabar jelah maknya.

Cover image via @zatyaf (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah sebagai ibu bapa, setiap hari pening kepala melayan kerenah anak-anak yang semakin membesar

Tambahan pula, jika mereka sudah pandai menyepahkan rumah. Kalau tak main bedak, mesti sepahkan mainan satu rumah.

Namun, lain pula dengan sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita terkejut melihat rumahnya dipenuhi dengan tepung telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zatyaf

kenangan xkan dilupakan... bila mama keluar cheq up baby...papa keje mlm..gini la jadibersabar la duhai semua yg bergelar ibu

bunyi asal - Aisy@Aniq

Ibu keluar pergi klinik, balik-balik rumah tengok anak syok main tepung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zatyaf, kelihatan dia baru saja pulang dari klinik untuk check up bayinya.

Namun, apa yang mengejutkannya adalah apabila sebaik saja tiba di rumah, dia mendapati dua orang anak perempuannya sedang menyepahkan dapur dengan 9kg tepung gandum.

Malah, tepung itu penuh hingga ke depan rumahnya. Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila kedua-dua budak itu langsung tidak ada rasa bersalah dan membuat muka selamba saja apabila dimarahi oleh ibu mereka.

"Tak apa kak, nanti jadi topik borak time raya. Haha seronok betul diaorang main salji dalam rumah. Pengaruh Ryan Bakery mungkin" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 935.3K tontonan, 44.9K tanda suka serta 4.4K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beradik itu.

Malah, ada yang berseloroh berkata mungkin mereka terpengaruh dengan video TikTok daripada Ryan Bakery yang terkenal dengan menepek bedak satu muka dalam setiap videonya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Habislah pening kepala mama korang nak bersihkan rumah tu dik oi. Tak apalah asalkan korang bahagia :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: