“Sampai Nak Terjatuh Dulang” - Pelayan Catering Terkejut Nampak TokTi Ini Jadi Perhatian
Aduh abang ni buat orang lain cuak sama.
Siapa saja yang tidak mengidolakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza bukan?
Personalitinya yang sangat humble dan mempunyai aura tersendiri mampu membuatkan ramai terpesona melihat TokTi.
Apatah lagi jika terjumpa dengan beliau secara dekat, sudah tentu kita akan terperanjat dan teruja pada masa yang sama.
Begitulah yang terjadi dalam sebuah video tular ini apabila seorang pelayan katering hampir terjatuhkan dulang makanan gara-gara terkejut nampak TokTi telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sibuk kerja tak toleh kiri kanan sampai terkejut bila nampak TokTi
Menerusi video yang dimuat naik oleh adik TokTi sendiri iaitu @sitinursairahtarudin, kelihatan beliau sedang berada di luar dewan dan bersedia untuk membuat persembahan kejutan buat tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila tiba-tiba muncul seorang pelayan katering sedang mengangkat dulang yang berat sambil berjalan laju.
Sebaik saja ternampak TokTi, pelayan lelaki itu dilihat seperti terkesima sehingga tidak boleh mengawal dulang di tangannya itu. Malah, dulang tersebut terkena sipi pada TokTi dan hampir terjatuh.
TokTi yang turut terkejut dengan situasi itu dilihat masih steady dan tidak marah kepada pelayan katering tersebut. Malah, beliau cepat-cepat masuk ke dewan untuk meneruskan shownya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 90K likes dan 1.5K shares di TikTok
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat situasi tersebut. Malah, mereka memuji TokTi yang tetap kelihatan cool walaupun beliau turut terperanjat.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Mungkin brader tu tak sangka dia akan jumpa TokTi depan-depan, itu yang nak terjatuh semua tu :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!