seismik

"Baru Tahu Fungsi Orang Sebelah" - Lelaki Gerakkan Wiper Guna Tali Ini Undang Tawa Ramai

Gigih betul. Tak lenguh ke tangan tu bang?

Cover image via @epijelan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti mana yang kita tahu, salah satu komponen yang penting dalam setiap kereta adalah wiper

Ia berfungsi untuk mengelap air ketika hujan supaya pemandu boleh lihat dengan lebih jelas. Kalau tak ada wiper, ia akan mendatangkan risiko bahaya kepada pemandu.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila gelagat dua orang lelaki menaiki kereta company telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Wiper kereta rosak, terpaksa guna cara manual

Menerusi video yang dimuat naik oleh @epijelan, kelihatan dua orang lelaki tersebut dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki kereta company mereka.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila lelaki yang duduk di tempat penumpang dilihat sednag menarik tali ke kiri dan kanan berulang kali.

Rupa-rupanya, dia menggunakan tali itu untuk menarik wiper kereta secara manual kerana komponen tersebut sudah tidak berfungsi. Mereka juga dilihat ketawa bersama gara-gara situasi yang lucu itu.

"Ini JPJ tahan terus pergi tempat lupus kereta ni. Hahaha. Kreatif yang I cannot brain do" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.1M views, 86.8K likes dan 1.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka yang kreatif lain macam itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Boleh pula wiper tu rosak time hujan. Tak pasal-pasal member dapat * training biceps* :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: