seismik

Boss Saja Jenguk CCTV, Sekali Ternampak Staff Sakan Menari Lagu BTS Sambil Buat Creampuff

Happy staff, happy environment!

Cover image via @theordinarybaker (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam hidup ini, kita perlu bersyukur dengan apa jua pekerjaan yang kita lakukan

Tidak kiralah gaji tinggi atau rendah, yang penting kita ikhlas melakukannya. Kalau kita enjoy di tempat kerja, barulah rezeki kita berkat. Betul tak?

Seperti sebuah video yang tular ini yang memaparkan rakaman CCTV di mana dua orang pekerja di kedai bakery sakan menari lagu BTS telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@theordinarybaker Ada yang tertangkap la! Duduk dalam bilik, sambil tgok cctv, ternampak budak-budak ni menari pula sambil tunggu chocolate sejuk #btsarmy #boywithluv #thebestcreampuffintown #fyp original sound - The Ordinary Baker

Bos saja tengok CCTV, sekali ternampak staff tengah menari sambil buat creampuff

Menerusi perkongsian video daripada @theordinarybaker, kelihatan pemilik kedai itu sedang duduk di dalam bilik CCTV untuk memantau aktiviti pekerjanya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dua orang pekerjanya dilihat sedang sakan menari lagu dari kumpulan BTS di dapur sambil membuat creampuff

"Ada yang tertangkap la. Duduk dalam bilik sambil tengok CCTV, ternampak budak-budak ni menari pula sambil tunggu chocolate sejuk," katanya.

"Yang perempuan tu mula-mula malu tapi rupanya tahu jugak eh dance moves. It's always a small thing. Happy working, seronok tengok" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 238.6K likes dan 3.4K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan cara mereka have fun di tempat kerja.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Walaupun video ni nampak macam simple, tapi kita boleh nampak jelas diaorang happy dekat tempat kerja :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: