seismik

Tiba-Tiba Cakap Abah Handsome, Lelaki Ini Tak Sangka Alasan Si Anak Di Sebalik Pujian

Tak lepas jugalah dik. Cuba lagi lain kali.

Cover image via @megat_nakashima (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjemput anak pulang dari sekolah adalah salah satu cara bagi ibu bapa untuk bonding dengan mereka

Setiap hari pasti akan ada saja cerita mereka di sekolah yang boleh menghiburkan hari-hari kita. Kebanyakan budak zaman sekarang akan pergi dua sesi persekolahan iaitu sekolah rendah dan sekolah agama.

Namun, lain pula situasi yang berlaku kepada lelaki ini sebaik saja dia mengambil anaknya balik dari sekolah telah menghiburkan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak tiba-tiba puji handsome, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @megat_nakashima, kelihatan lelaki itu sedang menunggu anaknya dalam kereta.

Apa yang mencuri tumpuan adalah sebaik saja anaknya masuk ke dalam kereta dan meletakkan beg sekolah, dia tiba-tiba berkata "muka abah lain la, handsome sebab ada misai".

Lalu, dia pun berterima kasih kepada anaknya itu. Namun, apa yang menghiburkan dan membuat dia tidak sangka apabila anaknya berkata "abah, tak nak pergi KAFA. Adik batuk bah".

Lelaki itu terus tergelak mendengar jawapan anaknya dan tetap menyuruh budak itu untuk hadir ke kelas KAFA.

"Budak-budak punya trick macam gini la. Dan-dan demam la, batuk la. Haha boleh berlakon budak ni" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1M views, 82.1K likes dan 1.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sorrylah dik, abah awak tak termakan dengan pujian :P

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: