seismik

[VIDEO] Cucu Saja Prank Siap Buat Lidah Terjelir, Reaksi Tokwan Pula Menghiburkan

Gelabah tokwan tu dik oi.

Cover image via @amirasarah20 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, cucu merupakan insan yang paling disayangi oleh nenek dan atuk mereka

Senang cerita, tiada siapa boleh sentuh atau marah cucu mereka termasuklah ibu bapa mereka sendiri.

Namun, tular baru-baru ini dengan sebuah rakaman di TikTok memaparkan seorang budak lelaki sengaja melakukan prank kepada atuknya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@amirasarah20 Awai tu tokwan nak prank cucu, sekali cucu lagi pandai prank tokwan. Gelabah terus, ingatkan betul2 #fyp original sound - cintaHati

Saja prank tokwan buat-buat pengsan dan jelir lidah, sekali panggil nama 'umi' terus bangun

Menerusi video yang dikongsi oleh @amirasarah20, kelihatan budak lelaki itu sengaja buat-buat pengsan di atas katil sambil menjelirkan lidahnya ke tepi.

Tindakannya itu membuatkan tokwannya risau dan menggelabah. Si tokwan cepat-cepat mengejutkan dan menepuknya berulang kali.

Tetapi, sebaik saja seseorang menjerit "umi!", budak lelaki itu pantas bangun kerana takut dimarahi oleh ibunya. Tokwannya sempat berkata "hang ni buat perangai betul la".

"Panggil umi auto elok hahaha nampak sangat takut dengan umi dia. Kesian kat tokwan, hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mendapat 1.9M views, 157.3K likes dan 2.7K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur meihat gelagat budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik tokwan tak bawa pergi hospital dik, lain kali jangan buat prank macam tu lagi tau :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: