seismik

Lama Kena 'Sidai' Sebab Jammed, Jejaka Ini Sempoi Siap Keluarkan Kerusi Lepak Atas Highway

Steady bro!

Cover image via @abangjan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengguna jalan raya, sudah pasti kita tidak suka jika berada di jalan jammed yang terlalu lama bukan?

Bak kata orang zaman sekarang, kena 'sidai'. Tambahan pula, jika minyak kereta hampir habis atau kita tak tahan nak buang air. Memang susah nak bersabar.

Namun, tular baru-baru ini gelagat seorang jejaka yang tersangkut dalam traffic jam selamba membawa keluar kerusi dan melepak di atas jalan raya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Orang lain duduk dalam kereta, tiba-tiba dia selamba bawa keluar kerusi macam nak camping

Menerusi video yang dimuat naik oleh @abangjan, kelihatan banyak kereta dilihat tersangkut dalam traffic jam akibat berlakunya sebuah kemalangan yang melibatkan lori panjang.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila si perakam menunjukkan gelagat para pemandu di jalan raya yang tidak tahan menunggu sampai terpaksa keluar dari kereta.

Lebih menghiburkan lagi, seorang jejaka dilihat sempat membawa keluar kerusi dan melepak di depan keretanya bersama kawan-kawan. Aksi mereka itu seolah-olah sedang berkelah di tepi pantai.

"Hanya untuk orang yang sabar ya santai macam ni. Yang tak sabar mengamuk dalam kereta, hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 2.5M views, 385.7K likes dan 5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat jejaka itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam gelagat ya kita dapat tengok, mesti semua dah tak tahan sangat sampai keluar kereta :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: