Beli Lipstick Gara-Gara Pengaruh TikTok, Cara Gadis Ini 'Review' Pula Buat Ramai Terhibur
Okay yang ini kelakar.
Tidak dinafikan, semua perempuan gemar berhias dan makeup untuk mencantikkan diri
Bukan itu saja, dengan cara itu juga kita dapat menaikkan confident level di depan orang ramai supaya tampil lebih menarik.
Antara barangan makeup yang wajib dipakai adalah semestinya lipstick. Namun, lain pula dengan sebuah video tular ini apabila seorang gadis membuat review lipstick yang dibelinya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap rakam nak tunjuk lipstick baru, sekali warna pula tak kena dengan bibir
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cekting, kelihatan dia sedang berada dalam keretanya sambil membuat review lipstick yang baru saja dibelinya.
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia mula memakai lipstick yang pertama, warna itu dilihat pucat pada bibirnya.
Lebih melucukan lagi, dia sempat berkata "nampak macam orang mati". Selepas itu, dia meletakkan pula warna lagi satu di bibirnya. Tetapi, bibirnya masih nampak pucat membuatkan dia fed up lalu berkata "mati jugak, akan mampus".
"The real review jujur. Dengan aku sekali buat mulut cenggitu dah kenapa, hahaha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 585.3K tontonan, 44K tanda suka serta 1.2K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata warganet terhibur melihat cara gadis berkenaan memberikan reaksinya selepas mencuba lipstick ala-ala warna ombre itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Tak apa sis, yang penting usaha nak pakai lipstick tu ada. Tapi awak memang lawak! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!