Baru Nak Feeling Jalan Tepi Pantai, Sekali Gadis Ini Tergolek Kena 'Langgar' Dengan Ombak
Bila badan terlalu ringan be like.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan di pantai, sudah tentu kita ingin mengambil gambar yang cantik-cantik bukan?
Tambahan lagi, bagi golongan perempuan yang suka mengambil gambar outfit of the day (OOTD). Mestilah tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar candid sambil berjalan di tepi pantai.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia berdepan dengan insiden memalukan ketika sedang asyik berjalan di tepi pantai telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru nak feeling jalan tepi pantai, sekali terjatuh dilanggar ombak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @softfeaaa, kelihatan dia sedang bercuti bersama keluarga di sebuah pantai.
Dia pada mulanya dilihat sedang syok berjalan di tepi pantai sambil feeling membuat video. Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila datang ombak yang deras ke arahnya.
Lebih melucukan lagi, dia yang berbadan kurus itu terus terjatuh dan bajunya habis basah terkena air laut. Malah, dia sempat berlari dan menjerit memanggil ibunya kerana malu dengan kejadian tersebut.
"Kan pepatah ada berkata, jangan bermain di tepi pantai kalau takut dilambung ombak. Malas nak gelak nanti masuk Melaka" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sehingga 5.8M views, 430.2K likes dan 7.5K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat insiden lucu yang menimpa gadis berkenaan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!