seismik

"Buntang Mata" - Tuan Saja Letak Patung Dinosaur, Reaksi Kucingnya Pula Undang Tawa Ramai

Takut sangat tu cik meow.

Cover image via @aatqaarfa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap haiwan peliharaan kita pasti ada sifat lucu mereka yang tersendiri

Lebih-lebih lagi jenis yang takut akan patung mainan. Sudah pasti si tuan akan sering mengusik mereka kerana ingin melihat reaksi spontan haiwan peliharaan itu.

Sama juga seperti sebuah video yang tular ini apabila seekor kucing menunjukkan reaksi lucu apabila tuannya meletakkan patung dinosaur telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aatqaarfa

Tak berkelip mata takut dinosaur

original sound - zahirahulfah1

Terkejut tuan letak patung dinosaur, terus buntang biji mata

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @aatqaarfa, kelihatan kucing itu sedang baring di atas katil tuannya.

Namun, apabila tuannya sengaja meletakkan patung dinosaur di belakangnya, kucing tersebut terkejut sehingga kedua-dua matanya buntang tidak berkelip.

Malah, badannya juga dilihat terus kaku kerana terlalu takut dengan patung dinosaur itu. Reaksi lucunya itu membuatkan si tuan tidak dapat menahan gelak.

"Hahaha mengeras di situ, comel la. Dalam hati dia, bila la masa sesuai aku nak lompat ni" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 1.3M views, 157.6K likes dan 6.2K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi kucing itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lawaklah awak ni cik meow, tu patung je tau! Over eh :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: