[VIDEO] 'Gangster' Tapi Sweet, Gelagat Suami Isteri Bergambar Ini Bikin Netizen Terhibur
Steady pak cik, layan je!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lumrah dalam kehidupan rumah tangga, bergurau senda antara suami isteri perlu untuk mengeratkan lagi hubungan
Kalau tak percaya, cuba tengok ibu bapa kita yang sudah berpuluh tahun kahwin. Sudah pasti ada saja telatah mereka yang mencuit hati apabila bergaduh manja bukan?
Sama seperti sebuah video ini yang memaparkan gelagat comel sepasang suami isteri semasa anak mereka ingin mengambil gambar telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mak gangster bila ajak ayah bergambar, siap petik nama kawan
Menerusi video yang dikongsi oleh @suriasyafiqah, kelihatan mereka sekeluarga sedang bercuti di sebuah hotel dan ingin mengambil gambar di balkoni.
Apa yang menghiburkan adalah apabila si anak ingin mengambil gambar kedua orang tuanya itu, ibunya dilihat seperti gangster mengajak ayahnya bergambar bersama.
"Cepatlah, kau kalau bergambar dengan kawan kau kemain tersengih-sengih. Gambar dengan isteri asyik tak nak je. Nanti menyesal," bebelnya.
"Biasanya kalau bini cakap direct macam ni, dia caring dan setia. Ni la orang cakap bahagia sampai ke tua" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.6M tontonan, 175.7K tanda suka serta 9.8K perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah suami isteri itu yang comel. Malah, ramai mengatakan bahawa ibu bapa mereka juga selalu bergaduh manja seperti itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!