seismik

[VIDEO] Abang foodpanda Dapat Order Dari Isteri Sendiri, Komen Netizen Pula Menghiburkan

Cara nak panggil suami balik awal ke ni?

Cover image via @amalee87 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bekerja sebagai penghantar makanan bukanlah satu tugas yang mudah, lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang tak menentu

Bukan saja perlu menghadapi risiko kerana terkejar-kejar menghantar pesanan, malah ada saja kerenah pelanggan yang harus dilayan.

Namun, lain pula situasi yang dihadapi oleh rider foodpanda ini apabila dia mendapat order daripada isterinya sendiri telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tiba-tiba dapat order dari isteri sendiri, sempat buat TikTok masuk pagar rumah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amalee87, kelihatan dia menerima pesanan daripada insan istimewa iaitu isterinya sendiri.

Apa yang melucukan adalah apabila reaksinya yang seolah-olah redha semasa menghantar pesanan itu sambil masuk ke dalam rumah.

Netizen sempat berseloroh mengatakan bahawa isterinya sengaja berbuat sedemikian sebagai cara untuk memanggil si suami balik rumah.

"Hahaha tak ada jalan keluar dah bila sampai rumah. Motor tu baik terus parking dalam" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.2M views, 101.1K likes dan 2.2K shares di TikTok.

Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan reaksi masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Okay apa, last order dapat masuk rumah sendiri. Duit pun dapat :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: