Bekerja Jadi GrabFood Walker, Wanita Ini Dipuji Tak Kisah Hantar Makanan Bawa Anak Sekali
Supermom!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Zaman sekarang, semua orang akan melakukan apa saja demi mencari rezeki yang halal untuk menampung hidup keluarga
Tidak kisahlah apa pun jenis pekerjaan itu, jika kita ikhlas melakukannya, pasti akan membuahkan hasil dan rezeki akan melimpah ruah.
Sama seperti sebuah video inspirasi di TikTok ini apabila seorang wanita gigih bekerja sebagai GrabFood Walker dan membawa dua orang anaknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Sanggup guna hand trolley untuk bawa anak pergi kerja sekali
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aisha.h_ammar.h, kelihatan dia memaparkan rutin pekerjaannya sebagai GrabFood Walker.
Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah apabila dia membawa dua orang anaknya pergi kerja sekali dengan menggunakan hand trolley.
"So I joined Grab, a job that I can do and bring the kids along at my own time and target. May Allah ease all of our affairs," katanya.
"Good example to the youngsters and us. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 867.8K views, 81.4K likes dan 1.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kegigihan wanita itu yang bertungkus-lumus mencari rezeki demi keluarga kecilnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!