seismik

Wanita Kreatif Buat Mini Water Park Untuk Anak, Ramai Pula Geram Nak Join Mandi Sekali

Seronoknya!

Cover image via @zierahaziera (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak dan mainan sememangnya tidak boleh dipisahkan

Sudah menjadi rutin bagi ibu bapa untuk membelikan mainan untuk anak setiap kali keluar ke mana-mana. Kadangkala, bukan anak yang nak main permainan itu, tetapi ibu bapa yang geram dan beli macam-macam untuk mereka.

Sama seperti sebuah video ini apabila seorang wanita gigih membuat mini water park untuk anak perempuannya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kreatif guna mainan anak jadikan water park dalam bilik air

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zierahaziera, kelihatan dia menunjukkan bilik airnya yang dijadikan sebagai mini water park untuk anaknya bermain.

Dia menggunakan pelbagai jenis mainan yang disambungkan dengan paip air supaya nampak seperti dalam taman tema air.

Ideanya itu membuatkan ramai tertarik dan seronok melihat water park buatan sendiri tersebut. Malah, ramai orang dewasa yang lebih teruja melihatnya.

"Hilang stress mandi dalam tandas macam ni, untuk orang dewasa ada tak? Haha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.1M views, 94.1K likes dan 6.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut teruja dan memuji kreativiti wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Menarik idea ni, ibu bapa dekat luar sana bolehlah cuba buat mini water park untuk anak yang susah nak mandi tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: