seismik

Bayi Lelaki Ini Beria Menangis, Tapi Cara Si Ayah Pujuk Pula Buat Reaksinya Terus Berubah

Nak nangis ke gelak ni?

Cover image via @betty_jogja (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Momen paling seronok bagi ibu bapa adalah apabila melayan telatah anak semasa mereka masih kecil

Telatah mereka yang comel dan tidak terjangka sememangnya membuatkan hati ibu bapa sentiasa terhibur.

Seperti video yang tular baru-baru ini yang memaparkan seorang bayi lelaki menangis kemudian tergelak selepas dipujuk ayahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@betty_jogja Balas @boboiboyofficialhd suara asli - Bety Jogja

Ayah suruh bagitahu bila dah berhenti menangis, sekali anak tergelak sendiri

Menerusi video berdurasi 36 saat yang dimuat naik oleh @betty_jogja, kelihatan bayi itu sedang menangis sambil diperhatikan oleh ibu dan ayahnya.

Apa yang melucukan adalah apabila ayahnya berkata jika sudah berhenti menangis terus bagitahu ibu. Malah, si kecil itu sempat menjawab "belum" apabila si ayah bertanya "belum selesai?".

Lebih menghiburkan lagi, bayi itu menyambung tangisannya selepas ayahnya menyuruh berbuat demikian. Namun, dia tergelak sebaik saja melihat ibu bapanya ketawa kecil lalu berkata "sudah" dan mengelap air matanya.

"Budak tu pun pandai, dia sendiri tergelak maknanya dia faham apa ayah dia buat tu haha" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 3.8M views, 288.8K likes dan 14.3K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah bayi lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je nangis tipu-tipu, pandai buat drama ya dik :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: