seismik

[VIDEO] Rider Grabfood & foodpanda Raih Tumpuan, Prihatin Tolong Warga Emas Lintas Jalan

Rakyat jaga rakyat. Memang patut dipuji!

Cover image via @nurilfarhanahibrahim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak kiralah apa pun pekerjaan kita, berbuat baik kepada orang lain tanpa mengira bangsa dan agama semestinya contoh yang harus diikuti

Malah, kebaikan yang kita buat sesama manusia sebenarnya menunjukkan nilai murni di dalam diri kita sendiri.

Baru-baru ini, dua orang penghantar makanan Grabfood dan foodpanda telah mencuri perhatian warganet gara-gara tindakan mereka menolong seorang wanita warga emas melintas jalan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sanggup jaga kiri dan kanan supaya warga emas selamat seberang jalan

Menerusi perkongsian video daripada seorang pengguna di TikTok iaitu @nurilfarhanahibrahim, kelihatan rider Grabfood dan foodpanda itu menemani seorang wanita warga emas berbangsa Cina untuk menyeberangi jalan.

Apa yang membuatkan ramai kagum dan tersentuh adalah apabila mereka berdua sanggup mengambil risiko dengan melindungi kiri dan kanan aunty Cina itu untuk memastikan dia selamat sampai ke seberang jalan.

"Terima kasih abang Grabfood dan foodpanda, moga murah rezeki abang-abang dan selalu dilindungi dari maha bahaya. Amin" - Warganet

Susulan tularnya rakaman tersebut yang kini telah meraih 124.5K tontonan, 11.6K tanda suka serta 387 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut memuji tindakan kedua-dua rider berkenaan.

Malah, warganet juga mendoakan semoga mereka berdua dilimpahkan rezeki serta dijauhi dari sebarang kemalangan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Walaupun pertolongan tu nampak kecil di mata sesetengah orang, tapi apa yang abang-abang rider ni buat memang patut dijadikan contoh. Respect!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: