“Customer Kiriman Dari Syurga” - Video Rider Grabfood Ini Berjaya Curi Tumpuan Ramai
Comel je dah tunggu siap-siap dekat bawah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memandangkan sekarang masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, ramai yang menggunakan perkhidmatan pesan makanan melalui online
Hal ini disebabkan semua kedai makan tidak dibenarkan untuk menerima pelanggan secara dine in. Maka, penghantar makanan merupakan orang penting yang berkhidmat untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok seorang penghantar makanan Grabfood meluahkan rasa syukur mendapat pelanggan baik hati mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sangka customer dah tunggu siap-siap dekat bawah untuk ambil makanan
Menerusi video yang dimuat naik oleh Faizal Hakimi dengan kapsyen "kalau lah semua customer memahami kami", kelihatan dia ketika itu baru saja sampai di sebuah kawasan apartment untuk menghantar makanan.
Apa yang membuatkan dia merasa terkejut dan terharu adalah apabila customernya dilihat sudah berada di bawah rumah siap-siap kerana tidak mahu rider tersebut menunggu terlalu lama.
Pada akhir video itu, rider Grabfood berkenaan sempat membuatkan isyarat thumbs up kepada customer itu sebagai tanda terima kasih kerana telah memudahkan kerjanya.
"Saya walaupun office ground floor, tengok dekat map rider dah hampir saya terus keluar tunggu" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih hampir 600K tontonan, 97.4K tanda suka dan 1.2K perkongsian di TikTok.
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing selepas menonton video itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Kadangkala, mungkin pertolongan kita nampak remeh tapi besar maknanya bagi penghantar makanan tu. Terbaiklah abang customer! :)