seismik

Muka Comel Iras Artis Korea, Telatah Budak Perempuan Cakap Loghat Ganu Buat Ramai Terhibur

"Macam Google translate" - Warganet.

Cover image via @ainareduzan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, telatah anak yang petah berbicara sememangnya boleh menceriakan hari-hari kita

Tambahan pula jika mereka pandai berbahasa Inggeris sejak kecil. Memang seronok melayan mereka berborak.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang budak perempuan yang wajahnya dikatakan iras pelakon Korea telah mendapat perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ainareduzan Sepetang bersama Elena Hannah pot pet , kalini gabungan semua loghat di Malaysia. Part 2 soon #sayaanakmalaysia original sound - Aina reduzan

Dah biasa speaking sejak kecil, kini sahut cabaran untuk berbahasa Melayu pula

Menerusi perkongsian video daripada @ainareduzan, kelihatan dia dan anaknya sedang berada di dalam kereta sambil merakam video bersama.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila wanita itu menyuruh warganet memberikan beberapa ayat Melayu dengan pelbagai loghat untuk anaknya menyebut satu per satu.

Lebih menghiburkan lagi, apabila budak comel bernama Elena Hannah itu sedaya upaya bercakap loghat Terengganu dan Sarawak dengan gayanya sendiri. Malah, wajahnya juga dikatakan mirip dengan pelakon Korea, Moon Ga-young.

"Dah macam orang Korea cakapnya, comel betul. Terengganu slang sounds expensive when Hannah says it" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M tontonan, 189.5K tanda suka dan 1.7K perkongsian di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat kecomelan adik Hannah itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel sangat la Hannah ni, effort dia nak cakap Melayu tu patut dipuji. Terbaiklah! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: