"Cuba Nak Sondol" - Influencer Ini Dedah Ex-Girlfriend Suami DM Menggedik Siap Ajak Lepak
Orang tu dah ada tiga anak. Sibuk nak kacau rumah tangga dia.
Kita sedia tahu, kes 'penyondol' rumah tangga orang sering terjadi sejak dulu lagi
Tidak kiralah lelaki atau perempuan, memang ada sejenis manusia yang tidak tahu menghormati rumah tangga orang lain.
Gempar baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok mengenai seorang influencer yang terkenal dengan tagline "macam cantik je, macam comel je" iaitu Asyallie Ahmad di mana dia mendedahkan rumah tangganya dikacau oleh bekas teman wanita suaminya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ex-girlfriend suami tiba-tiba DM ajak jumpa
Menerusi video yang dimuat naik oleh Asyallie, kelihatan dia menceritakan suaminya diganggu oleh seorang wanita di Instagram.
Menurut Asyallie, wanita itu merupakan ex-girlfriend suaminya. Apa yang membuatkan dia geram adalah apabila wanita tersebut dengan tidak malunya DM si suami di Instagramnya.
Namun, ramai memuji tindakan suami Asyallie yang jujur memberitahunya bahawa dia dikacau oleh si 'penyondol'.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Hopefully perempuan tu tengok. Mohon dijauhkan la dari orang macam tu" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 2.3M views, 184K likes dan 3.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut menyuarakan pendapat masing-masing mengenainya.
Malah, ramai yang mendoakan agar rumah tangga Asyallie dan suaminya dilindungi daripada gangguan orang ketiga.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Kalau dah namanya 'penyondol', memang tak tahu malu punya. Nasib baik Asyallie dapat suami yang bagus. Semoga rumah tangga mereka kekal bahagia :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!